Polisi Bayaran & Pemulangan
Polisi ini menerangkan pembayaran dan pemulangan wang bagi produk digital byKitab.
1. Harga & Mata Wang
Semua harga dalam Ringgit Malaysia (RM), termasuk sebarang cukai yang berkenaan. Pembayaran melalui BayarCash (FPX).
2. Penghantaran Produk
Produk adalah digital — akses diberikan serta-merta ke akaun anda sebaik pembayaran disahkan. Tiada penghantaran fizikal.
3. Polisi Pemulangan (Refund)
Oleh kerana e-book adalah produk digital yang boleh diakses serta-merta, pembelian secara amnya adalah muktamad. Namun, kami akan mempertimbangkan pemulangan penuh sekiranya:
- Anda dicaj tetapi tidak menerima akses disebabkan masalah teknikal, dan kami gagal menyelesaikannya; atau
- Berlaku caj berganda / tersilap untuk transaksi yang sama.
Permohonan hendaklah dibuat dalam 7 hari dari tarikh pembelian, dengan bukti transaksi, melalui bedaieofficialacc@gmail.com. Refund yang diluluskan diproses ke kaedah pembayaran asal dalam masa 7–14 hari bekerja.
4. Langganan
Langganan memberi akses penuh untuk tempoh yang dibayar. Anda boleh berhenti melanggan pada bila-bila masa; akses kekal sehingga tamat tempoh semasa. Bayaran tempoh yang telah bermula tidak dikembalikan secara pro-rata.